Jawapan kepada soalan

padamar menulis dan bertanya:

assalamualaikum,

Sebelum adanya satu perjuangan mesti adanya sepadu matlamat disertai dengan satu prinsip tentang kepimpinan yang berhubungkait dengan survaival yang meliputi setiap aspek… Sebelum satu perjuangan itu dinobatkan atau dilakarkan sebagai satu perjuangan saya mohon DSAI menjawab beberapa soalan berikut:

1. Apakah pandangan DSAI tentang karektor Hang Tuah dan Juga Hang Jebat serta 3 sahabat yang lainnya?

Sdr Padamar,
Prinsip perjuangan saya jelas. Saya usulkan sdr baca Gelombang Kebangkitan Asia, serta beberapa rencana terkini.
1. Hikayat Hang Tuah saya anggap sebagai karya epik Melayu penting dan buat menanggapi sikap dan budaya Melayu. Namun ia tetap legenda dan kita tidak wajar terperangkap dalam kerangka pemikiran atau "tempurung" lama.
Hikayat tersebut diantara lain mendedahkan wacana, malah dilema Melayu dalam soal kepahlawanan, asas ilmu (umpamanyanya Hang Tuah menguasai pelbagai bahasa) dan ketaatan kapa penguasa. Mesej moral ketara termasuk hikmah leluhur bangsa: "raja adil disembah, raja zalim disanggah".

2. Adakah Wawasan 2020 juga didukung oleh Parti Keadilan?

Wawasan 2020 tidak mengarah kapada corak negara adil dan saksama, termasuk isu memperkasa ekonomi dan budaya rakyat. PKR tidak perlu diikat menurut selera penguasa lama. Rakyat dan generasi muda perlu diajak membahas isu dasar dan strategik.
3. Sejauhmanakah kejayaan Komponen Wawasan 2020 setakat ini?

Tunggak negara berperlembagaan yang menjamin kebebasan badan kehakiman, keluhuran undang-undang, pengagihan kekayaan secara adil, pembasmian rasuah masih tidak terjangkau.
4. Salahkah Dr. M membina KLIA, F1 Sepang, Empangan Bakun, Petronas Twin Tower, Jambatan Bengkok, LTDL, Malaysia Boleh, dan banyak lagi?

Pembangunan perlu menurut keutamaan, dan pertimbangannya harus faedah negara dan rakyat dan bukan kerana ia memenuhi selera kroni dan anak-anak sendiri. Sebagai contoh, dalam melaksanakan projek Empangan Bakun, sabelum lapuran EIA lagi, Tun Dr M telah melancarkannya semata-mata diatas permintaan TanSri Ting Pek King. Kawasan balak dipunggah dengan keuntungan kapada syarikat Ekran tetapi nasib penduduk asal, Orang Ulu, Kayan dll diabaikan. Kini meskipun projek tersebut mungkin diteruskan, tetapi skopnya jauh lebih kecil dan satelah negara mengalami kerugian besar.
5. Sudikah DSAI meneruskan Impian Dr. M untuk Malaysia?

Yang penting ialah impian rakyat.
6. Bersediakah DSAI untuk sekali lagi memecahkan Undi Orang Melayu?

Kita perlu lebih matang dan dewasa dan tidak dikongkong propaganda BN. Setiap kali isu rasuah, kezaliman, penipuan disuarakan, maka jawapan ala kursus BTN ialah undi Melayu.
7. Kenapa DSAI harus jadi pemimpin?

Yang menentukannya adalah rakyat, bukan sang penguasa.
8. Benarkan Rakyat Malaysia Mempunyai Infra Kelas Pertama tapi Mentaliti Kelas ke Tiga?

Soal mentaliti dunia ketiga dan infrastruktur kelas pertama yang disuarakan DS Abdullah PM mengingatkan saya pendekatan lama "Revolusi Mental" UMNO tahun 60an. Yang sering disalahkan ialah rakyat. Ini disanggah oleh Prof SH Alattas dalam bukunya "Siapa Yang Salah" dan "Metos Pribumi Malas". Yang perlu dirubah ialah mentaliti pemimpin yang kurang bekerja dan menggodol kekayaan yang melimpah.
Saya hanya mintak pendapat.. Jawapan Dato’ Seri akan menentukan Apakah perjuangan DSAI dalam Politik. Jika Tiada Jawapan, saya mengandaikan DSAI hanya akan membahayakan survaival Malaysia.

Wassallam.

Terima kasih. Jika saya tidak menjawab sekalipun ia tidak merubah kenyataan saperti yang sdr dakwa.

————————————-
utk Saiful Seremban,

galakan sdr memberansangkan.
Saya ke Afrika Sel sejurus salepas pembedahan diatas undangan Mandela.

—————————-

buat azlejo dan zamj

Pengorbanan sdr tetap dihargai. Secara peribadi saya bercadang utk mengadakan pertemuan dgn rakan-rakan lama yang punyai pengalaman dikurung atau dibelasah.
Teruskan perjuangan menegak keadilan.

Cultivating the seeds of democracy

Is Washington really caught between the Scylla of supporting dictators and the Charybdis of promoting democracies that could bring Islamist radicals to power? Anwar's Cultivating the seeds of democracy published in the Los Angeles Times.

Berita best!

Skyping dengan Nurul Izzah subuh tadi. Dia adik beradik akan bermesyuarat kejap lagi dengan AI untuk persiapan lojistik podcasting. Jangan sampai tak jadi. Dah ramai tunggu ni!


Aluan Kelahiran weblog Anwar Ibrahim 3.0

Anwar Ibrahim 1.0

Anwar Ibrahim telah memasukki tahap ketiga (Anwar Ibrahim 3.0) dalam hayat politiknya. Tahap pertama (Anwar Ibrahim 1.0) bermula sebagai pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya. Sebagai presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya beliau memperjuangkan perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebagai presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Anwar mula meniupkan kesedaran Islam di kalangan generasi muda. Gerakan ini diteruskan dengan lebih meluas dengan menubuh dan memimpin selama sepuluh tahun Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Meskipun tapak Anwar adalah Melayu-Islam namun sifat inklusif beliau telah kelihatan dalam kepimpinan beliau sebagai presiden Majlis Belia Malaysia.

Anwar Ibrahim 2.0 1

Anwar Ibrahim membuat keputusan decisive dalam tahun 1981. Desas desus adalah beliau akan menyertai Pas. Dan presiden Pas ketika itu telah memberikan laluan. Semua pimpinan Abim dan Pkpim tahu gosip tersebut. Dan hampir kesemua meramalkan dan tidak sedikit yang mahukan Anwar mengambil alih pucuk pimpinan Pas. Dan saya yang ketika itu baru menjadi pemberita di harian National Echo (mendiang) turut berpandangan begitu. Boss saya ketika itu, Datuk Sophie (bapa kepada Nordin Sophie), memberitahu saya bahawa Anwar akan menyertai Umno. “Saya tidak percaya,” jawab saya kepada Datuk Sophie. Anggapan saya ketika itu, sebagai anak muda baru keluar ITM, adalah setiap pemimpin muda yang idealis tidak akan menyertai kerajaan. Kalau menyertai kerajaan ia telah dibeli. Anwar Ibrahim tidak boleh dibeli. Kalau dia ingin menyertai kerajaan dia telah menerima tawaran Tun Abdul Razak sebaik sahaja dia graduate dari Universiti Malaya.

Satu Perjuangan

Perhatian:Paparan video biasanya tidak lancar semasa loading, biarkan sehingga loading tamat, tayangan akan lebih lancar semasa replay.